Hari ni Dilla nak kongsikan ilmu asas pelaburan unit amanah. Ilmu ini sesuai untuk semua pelabur dan perunding. Benda ni adalah basic namun jangan hairan ada pelabur atau perunding yang tidak faham atau tidak menjelaskan perkara ini.❗
🔘 Setiap kali Dilla jumpa client unit amanah, Dilla akan selalu ingatkan mereka yang pelaburan unit amanah ialah untuk jangka masa panjang.
🔘 Dilla juga selalu ingatkan untuk pelaburan menggunakan wang dari akaun KW5P 1, hanya ada satu sahaja tujuan pelaburan.
🔘 Tujuan pelaburan ialah bukannya untuk beli Merc, beli rumah, melancong, atau apa-apa lain, tapi ialah untuk menampung kehidupan mereka setelah mereka bersara. Ingat tabungan di dalam akaun KWSP 1 hanya boleh digunakan selepas umur 55 tahun, iaitu selepas berpencen.

Menurut kajian Jabatan Perangkaan Malaysia 2016, purata jangka hayat orang Malaysia adalah sekitar 75 tahun. Ini bermakna, terdapat kebarangkalian tinggi individu akan hidup lebih kurang 20 tahun lagi selepas berpencen!
🔘 Jadi, adalah amat penting bagi mereka menyediakan dana persaraan (KW5P akaun 1 + wang dalam unit amanah) yang secukupnya.
🔘 Wang ini boleh digunakan untuk melangsaikan hutang mereka pada usia 55 atau 60 ataupun menjana pendapatan pasif untuk menampung perbelanjaan bulanan kelak.
Kenapa Sekarang Macam Saya Rugi Dilla
🔘 Sebenarnya anda tak rugi pun. Anda sebenarnya mengalami paper loss sahaja. Ini kerana harga dana anda menyusut. Tapi lihat elok-elok, unit anda tidak sesekali menyusut.
🔘 Macam pelaburan emaslah, jongkong emas tidak menyusut walaupun harga emas turun dan naik. Berat dan timbangannya tetap sama.
🔘 Tetapi unit untuk UT boleh berkembang sekiranya dana itu menghadiahkan dividen kepada pelabur. Itulah bezanya pelaburan UT dan emas. Emas tidak beranak.
🔘 Harga dana akan sentiasa naik dan turun kerana kebanyakan dana dipenuhi dengan saham-saham. Saham memang naik dan turun setiap hari!
🔘 Jika anda nampak rugi, ianya hanyalah rugi di atas kertas sahaja.
🔘 Bila pasaran saham memulakan bull run, bila-bila masa sahaja kerugian terapung itu boleh menjadi keuntungan.
🔘 It is a swing game. Trust me!
🔘 Ingatlah definisi sebenar pelaburan: You are willing to see SHORT term PAPER loss for LONG term REAL profit.
Moral Of The Story
🔘 Ingatlah rakan-rakan, pada dua fasa pertama pelaburan anda, objektif kita ialah untuk mengumpulkan UNIT, bila dah masuk fasa tuaian, barulah kita nak DUIT.
🔘 Kita perlu ada sufficient units yang terkumpul sebelum bull run berlaku!
🔘 Tiada gunanya kita bertepuk tangan ketika market naik tapi tiada unit langsung di tangan. Betul tak?
🔘 Semoga ilmu ini bermanfaat. Until then, happy preparing for your retirement days.
Dilla Hussin.
D❗d
No comments:
Post a Comment