Friday, 2 February 2018

MELABUR UNIT AMANAH BAGAIKAN MENANAM RUMPUN BULUH CINA

🔹 Tahukah anda di Negara China, seorang penanam rumpun buluh perlu membaja dan menyiram benih pokok buluh selama lima tahun, namun dia tidak akan nampak pun rebungnya keluar dari bawah tanah selama tempoh lima tahun itu?

🔹 Tahukah anda, apabila buluh itu mulai keluar dari tanah yang disiram dan dibajai selama LIMA tahun itu, ianya mengambil masa hanya 5 MINGGU sahaja untuk mencapai ketinggian 90 kaki?😱

🔹Begitulah juga pelaburan unit amanah. Sekiranya anda tak sabar menunggu hari tuaiannya, anda mungkin takkan nampak hasilnya.

🔹 Jika anda tidak terus-menerus membaja dan menyiramnya menggunakan teknik averaging down (salah satu cara Dollar Cost Averaging atau DCA), pokok itu takkan mampu keluar dari tanah.

🔹 Dan apabila pasaran saham mulai pulih, melantun, dan melepasi resistance level tertinggi yang pernah dicatatkan, dan break out berlaku, anda hanya perlukan masa yang pendek sahaja untuk melihat betapa untungnya melabur unit amanah? Ini benar jika anda dah siram dan baja elok-elok sahaja.


🔹 Having said that, anda perlulah memilih benih pokok buluh (dana) yang bagus. Tanyalah perunding unit amanah anda hari ini bagaimanakah caranya dia memilih benih itu.



Image result for rumpun buluh cina





🔸 Moral of the story: Untung melabur unit amanah bergantung kepada beza antara harga terkini dan harga purata belian unit didarabkan dengan jumlah unit terkumpul. Ia memang bagaikan menanam pokok buluh Cina.


🔸 Dengan strategi averaging down untuk mengumpulkan sebanyak mungkin unit ketika fasa menanam dan menyiram, apabila tibanya masa menuai, semuanya akan berbaloi. Until then, Happy Averaging Down.

Dilla Hussin